fbpx

Amaran hujan berterusan di 7 negeri sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di tujuh negeri sehingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, hujan lebat berterusan kategori bahaya dan buruk itu dikeluarkan buat beberapa kawasan di Johor.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Di Sabah pula, kawasan yang diramal adalah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

“Turut terlibat iaitu Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Kudat (Kota Marudu) dan Sandakan (Tongod) yang mana dijangka mengalami hujan berterusan kategori buruk dan waspada,” katanya, hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran hujan berterusan kategori yang sama turut dikeluarkan di Pahang melibatkan kawasan Pekan, Rompin, Maran, Kuantan dan Bera.

Sementara itu, di Sarawak, cerapan cuaca meramalkan hujan berterusan di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah, Bintulu (Bintulu), Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi.

“Amaran hujan berterusan kategori waspada turut dikeluarkan di seluruh kawasan di Melaka manakala Negeri Sembilan melibatkan Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI