fbpx

Dua wanita Indonesia kebas wang puteri Arab Saudi lebih RM144 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembinaan vila Puteri Lolwah tidak pernah disiapkan dan wang selebihnya digunakan oleh tertuduh untuk kepentingan peribadi, membeli beberapa tanah dan kereta. - AFP

JAKARTA – Puteri kerajaan Arab Saudi, Lolwah binti Muhammed Bin Abdullah Al Saud menjadi mangsa penipuan dua warga Indonesia dengan kerugian ratusan bilion rupiah, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Penipuan itu bermula apabila Puteri Lolwah berkenalan dengan Eka Augusta Herriyani pada 2008. Ketika itu, Eka bekerja di sebuah syarikat Malaysia di mana salah seorang pemegang sahamnya ialah Puteri Lolwah.

Puteri Lolwah kemudian menawarkan kerjasama kepada Eka untuk menjalankan projek hartanah di Arab Saudi. Pada 2009, Puteri Lolwah datang ke Bali dan diperkenalkan kepada Evie Marindo Christina yang didakwa boleh membantu mendapatkan lesen di Indonesia.

Pada 2010, mangsa yang berminat untuk melabur di Bali meminta Eka mencari lokasi untuk membina vila.

Setahun kemudian, dua wanita itu memberitahu Puteri Lolwah bahawa lokasi pembinaan vila itu adalah di Banjar Sala, Daerah Gianyar. Eka kemudian meminta mangsa memindahkan wang untuk pembelian tanah dan kos pembinaan vila.

Mangsa menghantar wang secara berperingkat dari April 2011 hingga September 2018 yang keseluruhannya berjumlah 505,492,047,760 rupiah (RM144.68 juta).

Wang itu digunakan untuk membeli tujuh bidang tanah dengan harga 38.44 bilion rupiah (RM11 juta) dan untuk membina sebuah vila dengan harga 37.61bilion rupiah (RM10.77 juta).

Bagaimanapun, pembinaan vila itu tidak pernah disiapkan dan wang selebihnya digunakan oleh Eka dan Evie untuk kepentingan peribadi, membeli beberapa tanah dan kereta. Akibatnya, Puteri Lolwah kehilangan 429,435,771,670 rupiah (RM122.9 juta).

Dalam pada itu, Puteri Lolwah turut menghantar 7 bilion rupiah (RM 2 juta) kepada Eka pada Mac 2018 untuk membeli sebidang tanah di Badung. Tanah itu dirancang untuk membina restoran, namun dibatalkan oleh Puteri Lolwah dan wang itu tidak dikembalikan.

Akibat penipuan itu, Eka dan Evie dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dalam kes Jenayah Pengubahan Wang Haram (TPPU).

Sebelum ini, Eka dan Evie dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana melanggar Perkara 372 Kanun Jenayah berhubung jenayah penyelewengan dan Perkara 378 Kanun Jenayah bagi kes penipuan pada 20 Oktober 2020. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI