fbpx

Nelayan asing ditahan kendali bot nelayan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA warga asing ditahan ketika mengendalikan bot nelayan tempatan di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang, semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan lima nelayan warga asing tanpa dokumen yang sah, semalam.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan itu dilakukan ketika pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan tempatan kelas C kira-kira pukul 4.51 petang.

Menurutnya, bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Pantai Remis, Perak itu ditahan pada kedudukan 24 kilometer barat daya Pulau Kendi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot tersebut dikendalikan seorang tekong warga Thailand dan empat kru warga Myanmar berumur  antara 27 hingga 55 tahun.

“Dua daripada kru warga Myanmar didapati gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta melanggar syarat sah lesen,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beritahu beliau, warga asing terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat lesen dengan menggunakan kru asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot serta kesemua kru ditahan termasuk 100 kilogram hasil laut dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI