fbpx

Buruh didakwa culik, kurung dua pelarian etnik Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Hafiy Zulhilmy (tengah) selepas didakwa atas pertuduhan menculik dua pelarian etnik Rohingya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menculik dan mengurung dua pelarian etnik Rohingya di Kok Lanas dekat sini, minggu lalu.

Tertuduh, Hafiy Zulhilmy Hassan,32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa menculik dua warga Myanmar, Abdul Hamin Abu Tahir, 20-an, dan Soleh Ahmad Habes Ahmad, 30-an, masing-masing merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Kesalahan yang bertujuan untuk mengurung mereka dengan salah itu dilakukan olehnya di Taman Arif, Kok Lanas dekat sini pada 20 Januari lalu.

Hafiy Zulhilmy didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh atas pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Februari depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI