fbpx

PRN patut diadakan serentak bukan berasingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chow Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berpendapat Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sepatutnya diadakan secara serentak bagi menjimatkan kos dan masa rakyat.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebelum ini pihaknya telah menyuarakan pandangan bahawa PRN itu lebih sesuai diadakan antara bulan Mei, Jun dan Julai, tahun ini.

“Kita telah cakap banyak kali, dan tetap berpegang bahawa PRN sesuai diadakan antara Mei, Jun, atau Julai.

”Kita juga lebih suka sekiranya semua negeri mengadakan PRN serentak, jika tidak lebih banyak wang akan digunakan untuk PRN dan ini bermakna kos untuk PRN akan lebih tinggi,” katanya di sini, hari ini.

Kon Yeow mengulas mengenai Pas yang dikatakan akan menentukan sendiri tarikh untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN di tiga negeri ditadbir parti itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelumnya berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan di peringkat kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebelum membuat keputusan mengenai masa sesuai untuk diadakan PRN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI