fbpx

Hospital Medan Tawau terima empat pesakit terawal hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera yang ditugaskan di Hospital Medan ATM Tawau melakukan persiapan sebelum hospital dibuka.

KUALA LUMPUR – Hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tawau yang disediakan untuk rawatan pesakit bukan Covid -19 telah menerima empat pesakit pertamanya setelah mula beroperasi hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba melalui hantaran di Facebook miliknya hari ini turut berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam membangunkan Hospital Medan tersebut.

“Terima kasih kepada semua khususnya Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kerja Raya,Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kerajaan Negeri Sabah. Hospital Medan Tawau kini telahpun memulakan operasinya dan pagi ini sudahpun menerima 4 pesakit pertama untuk dirawat,” ujarnya.

Hospital yang terletak di dalam Dewan Kompleks Sukan Tawau, iaitu kira-kira 5.8 kilometer dari Hospital Tawau disediakan untuk rawatan merangkumi perkhidmatan perubatan am, pembedahan am, obstetrik & ginekologi, ortopedik dan perubatan kanak-kanak dari Hospital Tawau.

Dengan inisiatif ini juga, Hospital Tawau boleh memberi tumpuan kepada rawatan pesakit Covid-19 yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 -5).

Sebagai permulaan, hospital medan ATM ini mempunyai kapasiti 100 katil dan dilengkapi dengan unit rawatan rapi dan dewan pembedahan.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertahanan sebelum ini memaklumkan ATM akan mengaktifkan hospital medan di Tawau, Sabah bagi melaksanakan bantuan sokongan untuk merawat kes selain Covid-19.

Antara fokus hospital medan ATM itu katanya termasuk pembedahan trauma dan kecemasan, wad bersalin dan lain-lain.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI