fbpx

Parti gabungan PN diseru ketepikan isu politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kota Kinabalu 4 Julai 2018-Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr. Jeffrey Kitingan hadir pada sidang akhbar di sini hari ini.Gambar : Irwan Majid / Pemberita : Fauzi Suhaimi / Izyan Liyana.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meminta rakan sekutunya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Persekutuan mengenepikan perihal politik pada masa ini.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah ll berkata, semua parti di bawah PN seharusnya mengukuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mereka tidak seharusnya menekan beliau terutama dalam keadaan situasi negara yang berhadapan penular wabak Covid-19.

“Tindakan seumpama itu dibimbangi boleh membuka peluang pihak tertentu untuk mengambil kesempatan meruntuhkan kerajaan seperti yang dilakukan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bilalah perkara ini akan berakhir? Mereka sepatutnya membantu mengukuhkan kerajaan, bukan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar hari ini.

Jeffrey berkata berkata demikian bagi mengulas perkembangan politik semasa yang menyaksikan berlaku tekanan politik ke atas pentadbiran Muhyiddin.

Sementara itu, bercakap mengenai cadangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk melantik pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang, Jeffrey berkata cadangan itu tidak logik kerana tiada sebarang masalah dengan Perdana Menteri sekarang.

“Jika mereka cakap Muhyiddin tidak memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen, adakah Dr. Mahathir ada majoriti sedangkan beliau hanya ada lima Ahli Parlimen.

“Tindakan membawa usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin dilihat sebagai suatu tindakan yang membuang masa kerana tiada jaminan Perdana Menteri seterusnya boleh bertahan lama.

“Semua parti sebaliknya patut bekerjasama untuk memastikan kemenangan dalam menangani Covid-19 dan bukannya sibuk dengan agenda politik,” ujar beliau. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI