MIAMI, FLORIDA – Seorang warga emas berusia 76 tahun menembak mati suaminya yang terlantar sakit di sebuah hospital atas permintaan mangsa sendiri, lapor laman berita Wion News semalam.
Wanita berkenaan, Ellen Gilland dipercayai melakukan perbuatan tersebut selepas berpakat dengan suaminya beberapa minggu sebelum kejadian itu, kata polis.
Beberapa anggota polis dikerahkan ke Hospital AdventHealth Daytona Beach pada Sabtu lalu selepas menerima laporan mengenai seseorang yang ditembak, demikian menurut saluran berita tempatan.
Ellen kemudian dikepung oleh anggota polis di apartmen tingkat 11 milik suaminya, Jerry Gilland, selepas dia menembak lelaki berkenaan. Dia ditangkap serta didakwa dengan kerana membunuh.
Menurut suspek, dia berbual dengan suaminya kira-kira tiga minggu lalu mengenai penyakit tersebut yang boleh membawa maut.
“Mangsa memutuskan bahawa jika ia terus merosot, dia mahu isterinya menamatkan riwayat hidupnya.
“Pada mulanya, saya fikir rancangan itu adalah satu pembunuhan diri. Jadi, selepas membunuh suami, dia akan membunuh dirinya sendiri tetapi dia tidak melakukannya,” kata Ketua Polis Daytona, Jakari Young. – Agensi