fbpx

Remaja hilang: Pasukan penyelamat belum temui petunjuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat meneruskan operasi SAR ke atas seorang lagi remaja yang hilang di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, Johor yang memasuki hari kedua hari ini.

KOTA TINGGI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi remaja hilang ketika mandi-manda bersama rakannya di Pantai Batu Layar di sini diperluaskan pada hari kedua hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, operasi bermula pukul 8 pagi itu melibatkan 73 pegawai dan anggota polis, bomba, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, radius pencarian di darat adalah sejauh dua kilometer manakala di laut pula melibatkan 0.5 hingga 2 batu dari persisir pantai.

“Kaedah pencarian dilakukan secara visual dan dipecahkan kepada tiga pasukan pencarian. Pihak bomba juga menjangka pada pukul 5.30 petang paras air surut mencecah 0.3 meter.

“Ekoran itu sektor pencarian akan dilakukan di kawasan yang surut kerana dikhuatiri tersangkut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat pukul 12.30 tengah hari ini, status pencarian SAR mangsa hilang masih belum menemui apa-apa petunjuk.

Menurutnya, kawasan Pantai Batu Layar juga telah dikeluarkan notis tutup sementara sehingga 24 Januari oleh pihak Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

Semalam Kosmo! melaporkan seorang remaja lemas, manakala seorang lagi hilang ketika mandi-manda di Pantai Batu Layar. Difahamkan, mereka datang dari Kluang ke daerah ini sempena cuti Tahun Baharu Cina.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI