fbpx

‘Bersederhana itu impian perkahwinan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERHARU dengan doa daripada orang ramai, ini merupakan kali pertama Mimi Lana berasa dirinya sangat disayangi.

PETALING JAYA – Pelakon Mimi Lana menzahirkan rasa syukur kerana majlis pertunangannya dengan Syafiq Kyle pada Sabtu lalu berlangsung lancar berkat doa orang ramai.

Kata Mimi, apa yang berlaku pada hari bahagia tersebut adalah 90 peratus perancangan Allah dan semuanya terjadi di luar jangkaan dirinya.

“90 peratus adalah perancangan Allah, hanya 10 peratus yang datang daripada saya.

“Segala yang terlihat berlangsung melangkaui jangkaan saya. Bersederhana itu adalah impian saya dan semua di sekeliling merestui dengan mudah,” tulisnya dalam entri Instagram.

Bersyukur kerana urusannya dipermudahkan, pemilik nama lengkap Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu mengakui ini merupakan kali pertama dia berasa sangat disayangi semua orang.

“Selama 27 tahun, ini pertama kali saya rasa sangat-sangat disayangi oleh semua orang.

“Sehingga tiada satu pun perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati saya. Alhamdulillah,” luahnya.

‘ONE step closer’, Mimi dan Syafiq meniti hari menuju gerbang perkahwinan.

Pada masa sama, Mimi tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan perkara baik untuknya meniti alam rumah tangga tidak lama lagi.

“Terima kasih kepada Allah, semua keluarga dan keluarga pasangan saya yang tidak terhingga.

“Saya tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaan ini. Allah SWT permudahkan segala-galanya untuk saya.

“Saya akan terus berdoa urusan saya dan orang-orang yang menyayangi saya dipermudahkan pada masa akan datang,” tulisnya lagi.

Sabtu lalu, Mimi dan Syafiq menerusi Instagram masing-masing berkongsi foto menunjukkan momen jari manis dramatis itu disarung cincin.

Perkongsian tersebut sekali gus seakan memberi bayangan bahawa mereka sudah mengikat tali pertunangan selepas beberapa tahun bercinta.

Syafiq sebelum ini mengesahkan kepada media dia akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI