fbpx

KPKT sedia ubah corak pembangunan perumahan berpaksikan dasar Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia mengkaji semula Dasar Perumahan Negara berdasarkan rangkuman intisari dasar Madani supaya ianya dapat diterjemahkan kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia.

KPKT dalam satu kenyataan berkata, melalui pembangunan dasar perumahan baharu dan perancangan teratur, kementerian menyasarkan penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang tahun 2025 melalui kerjasama semua agensi perumahan di peringkat Persekutuan, negeri dan pemaju swasta.

“KPKT bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari peluang insentif baharu dan memudah cara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan supaya dapat memberi ruang kepada pemaju perumahan swasta bergiat aktif menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti untuk rakyat.

“KPKT sedang mengkaji dasar perumahan negara bagi melihat sektor perumahan secara menyeluruh khususnya dalam meningkatkan pelaksanaan rumah mampu milik dan penyediaan perumahan awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, kementerian akan melihat beberapa contoh dasar perumahan negara lain termasuk Singapura terutamanya dalam perumahan awam dan mampu milik berdasarkan kejayaan negara itu dalam penyediaan perumahan awam serta sosial untuk 80 peratus rakyatnya yang layak.

“Ini membolehkan Dasar Perumahan Negara yang baharu kelak mengambil kira pelbagai
keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan berbilang kaum di Malaysia.

“Mengambil kira aspek pengurusan perumahan mampu milik Singapura, KPKT bercadang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan dari negara tersebut bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara berpaksikan kerangka dasar madani,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI