fbpx

EPL: Haaland ledak hatrik, bantu Manchester City ‘kejar’ Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erling Haaland berjaya meledak hatrik untuk membantu The Citizens menang 3-0 ke atas Wolverhampton di Stadium Etihad.

MANCHESTER – Juara bertahan, Manchester City terus memberikan tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal selepas menewaskan Wolverhampton 3-0 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Etihad itu, skuad The Citizens kendalian Pep Guardiola membariskan kesebelasan utama dengan meletakkan jentera serangan berbisa terdiri daripada Kevin De Bruyne, Riyad Mahrez dan Erling Haaland.

Situasi tersebut menyaksikan pasukan tuan rumah mudah mendominasi perlawanan pada awal saingan dengan melakukan beberapa siri percubaan bahaya ke atas kubu Wolves.

Kekebalan skuad pelawat kendalian Julen Lopetegui itu akhirnya punah pada minit ke-40 hasil jaringan yang dilakukan oleh Haaland bagi memastikan kelebihan 1-0 memihak kepada pasukan pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Haaland tampil lebih garang untu menggandakan jaringan apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Ilkay Gundogan dijatuhkan pada minit ke-50.

Momentum cemerlang pemain antarabangsa Norway itu semakin mengancam selepas mudah meledak jaringan hatrik susukan hantaran yang dilakukan oleh Mahrez berselang empat minit kemudian.

City hampir menambah gol pada penghujung saingan menerusi penyerang gantian, Julian Alvarez tetapi percubaan satu lawan satu yang dilakukan berjaya ditepi penjaga gol lawan, Jose Sa.

Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Kemenangan tersebut menyaksikan City kini terus mencengkam kedudukan kedua EPL dengan meraih 45 mata manakala Arsenal yang akan beraksi menentang Manchester United sebentar lagi meraih 47 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI