fbpx

Pendaki Gunung Tahan hilang dihanyut arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa dihanyutkan arus deras Sungai Tanum ketika turun dari Gunung Tahan di Lipis hari ini.

LIPIS – Aktiviti pendakian 10 pendaki sempena cuti umum berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Tanum di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 berlaku ketika mangsa, Haniff Harun,47, dalam perjalanan turun dari Gunung Tahan.

“Kumpulan ini mendaki Gunung Tahan pada 20 Januari lalu melalui Merapoh dan dijangka turun semula pada 24 Jun lalu dan akibat cuaca hujan kumpulan ini berpatah balik ke Kuala Juram.

“Namun semasa melintask Sungai Tanun semasa turun dari Gunung Tahan seorang lelaki telah dihanyutkan arus sungai yang deras akibat hujan lebat,”katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan melibatkan pelbagai pihak termasuk polis dan bomba.

Katanya pada masa ini hanya beg sandang mangsa ditemukan berhampiran lokasi mangsa dihanyutkan namun mangsa masih belum ditemui. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI