fbpx

Jokowi pakai topi murah berharga RM33.86

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi memakai topi jenama tempatan yang berharga RM33.86 ketika mengadakan sidang akhbar di Jakarta pada 13 Januari lalu. - Sekretariat Presiden Indonesia/YouTube

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) tetap konsisten menggunakan barangan buatan tempatan apabila beliau memakai topi jenama Eiger berharga 119,000 rupiah (RM33.86), lapor laman berita Suara.com semalam.

Isteri beliau, Iriana sebelum ini pernah dilihat memakai produk import seperti beg tangan jenama Dior, jaket Fendi serta sandal Hermes yang berharga puluhan juta rupiah.

Anak lelaki bongsu mereka, Kaesang Pangarep dan isterinya, Erina Gudono ketika berbulan madu di Eropah turut menggayakan kasut jenama Balenciaga dan beg tangan Chanel.

Imej Jokowi yang memakai topi jenama tempatan itu disiarkan oleh Sekretariat Presiden Indonesia di YouTube ketika menyampaikan sidang akhbar pada 13 Januari lalu di Jakarta.

Reka bentuk topi itu menampilkan logo atau ikon Eiger yang berbentuk segi tiga. Walaupun kelihatan sederhana, ia mampu menghalang Jokowi daripada terkena cahaya terik matahari.

Berdasarkan pencarian Suara.com di laman web rasmi Eiger, topi yang digunakan Jokowi itu ialah Eiger Pumori CC Cap dengan harga 119,000 rupiah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI