fbpx

Trafik sesak di Lebuh Raya Utara Selatan, Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini di Lebuh Raya Karak yang menyaksikan pertambahan kenderaan berlaku

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak di lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti Tahun Baru Cina dan kejadiana kemalangan yang berlaku di beberapa lokasi tertentu.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya melaporkan trafik perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS@E2 dari arah Selatan Nilai ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan Plaza Tol Senawang ke Hentian Senawang.

Katanya, aliran trafik juga sesak dari arah Utara, bermula dari Senai (U) ke Kulai, Simpang Renggam ke Ayer Hitam, Senawang ke Persimpangan Port Dickson dan Ainsdale ke R&R Seremban.

“Sementara di PLUS@E1 arah Selatan, bermula dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung, Terowong ke Ipoh (U), Bukit Tambun ke Sungai Bakap dan Permatang Pauh ke Perai.

“Seterusnya arah Utara, di R&R Rawang arah Utara ke Bukit Beruntung, Bidor ke R&R Tapah, Tapah ke Gua Tempurung, Bandar Baharu ke Sungai Bakap dan Persimpangan Sungai Dua ke Plaza Tol Sg. Dua (kedua-dua arah),” jelasnya.

Menurutnya, kenderaan bergerak perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak susulan kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 49.5 arah Timur (Bukit Tinggi ke Lentang).

Menurut status terkini LLM, lorong kanan dan kecemasan terhalang dan trafik juga sesak dari arah Barat, selepas Petronas Bentong ke Lentang dan sebelum masuk dan sebelum keluar Plaza Tol Gombak. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI