fbpx

Tiga balu Muslim rai Tahun Baharu Cina bersama keluarga mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siah Hwa (kiri) memberi duit raya angpao kepada cucu dan cicitnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Desa Impian, Kampung Binjai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sambutan Tahun Baharu Cina seorang wanita warga emas terus bermakna apabila tetap diraikan menantu, cucu dan cicitnya yang rata-ratanya beragama Islam.

Liew Siah Hwa, 79, berkata, empat daripada lima anaknya memeluk Islam dengan tiga daripadanya pula sudah meninggal dunia.

“Walaupun tiga anak lelaki saya sudah meninggal dunia, menantu-menantu perempuan, cucu dan cicit saya yang beragama Islam tetap pulang ke rumah untuk sama-sama merai Tahun Baharu Cina.

“Biarpun berbeza agama, bangsa dan budaya, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus dan tetap harmoni,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Impian, Kampung Binjai di sini hari ini.

Salah seorang menantu perempuannya, Nur Khairulnissa Abdullah, 31, berkata, dia yang kehilangan suaminya, Muhammad Khairul Azizul Seong Liang Heng sejak empat tahun lalu akibat kanser paru-paru tidak pernah merasa kekok berada di dalam keluarga tersebut.

“Kami biasanya akan berkumpul beramai-ramai sehari sebelum Tahun Baharu Cina. Hidangan makan besar terdiri daripada campuran menu Cina dan Melayu.

“Hari ini pula kami nikmati bersama-sama kuih bakul goreng, kuih bulan, rendang, nasi minyak dan pulut kuning,” katanya.

Sementara itu, anak lelakinya, Mohd Hakimi Keong, 56, yang memeluk Islam sejak 34 tahun lalu berkata, ibunya pula akan berkunjung ke rumahnya untuk sama meraikan Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI