fbpx

Permainan ‘fun fair’ terhenti, pengunjung tergantung terbalik 10 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung terpaksa menanti selama 10 minit dalam keadaan kaki di atas dan kepala di bawah, sebelum bantuan tiba. – Twitter

BEIJING – Sebuah video tular di media sosial China memaparkan situasi cemas pengunjung sebuah taman hiburan (fun fair) apabila permainan dinaiki mereka tergantung di udara dalam keadaan terbalik, lapor laman berita India Times semalam.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Fuyang, wilayah Anhui itu, permainan dinamakan The Giant Pendulum secara tiba-tiba berhenti ketika berada di titik tertinggi yang menyebabkan pengunjung menaikinya berada dalam keadaan terbalik.

Ia membuatkan mereka terpaksa menanti selama 10 minit dalam keadaan kaki di atas dan kepala di bawah, sebelum bantuan tiba.

Video tersebut dimuat naik di platform Twitter oleh pengunjung lain yang menyaksikan kejadian tersebut pada 19 Januari lalu.

“Pengunjung taman hiburan tergantung dalam keadaan terbalik selama 10 minit pada titik tertinggi apabila sebuah permainan terhenti tiba-tiba di bandar Fuyang. Pekerja terpaksa memanjat naik secara manual untuk membaiki permainan itu. Pegawai taman hiburan memaklumkan bahawa kerosakan itu disebabkan oleh masalah berat,” demikian menurut keterangan pada video tersebut yang dikongsikan semula oleh saluran televisyen TRT World.

Menurut laporan TRT World, pekerja taman hiburan tersebut turut perlu memanjat secara manual bagi menyelamatkan semua pengunjung yang terkandas. 

Pegawai berkata, kerosakan itu berpunca daripada berat permainan tersebut yang melebihi kapasiti sepatutnya.

Kesemua mangsa dipulangkan semula wang mereka oleh pihak taman hiburan selain ditawarkan bantuan kewangan untuk sebarang perbelanjaan perubatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI