fbpx

Mayat wanita dipercayai terjun sungai ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan polis mengangkat mayat mangsa yang ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian di Sungai Belat, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Mayat seorang wanita yang dipercayai terjun ke dalam sungai ketika melarikan diri daripada pihak polis semalam ditemukan kira-kira 50 meter dari jeti Tanjung Punai Batu 3 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 11.36 pagi oleh unit skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Mayat mangsa yang berpakaian serba hitam ditemukan timbul dalam keadaan telengkup pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dikatakan terjun.

“Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Semalam mangsa dilaporkan terjun ke dalam sungai ketika melarikan diri daripada operasi Op Tapis yang dilakukan pihak polis di sepanjang tambatan banjir tepi Sungai Belat di sini.

Dalam operasi berkenaan pihak polis berjaya menahan enam suspek yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI