fbpx

Hujan berterusan, angin kencang, laut bergelora sehingga 25 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Luruan monsun di rantau negara yang dijangka berlaku sehingga 26 Januari ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, sehubungan itu MetMalaysia telah mengemas kini amaran hujan berterusan di kawasan berkenaan berkuat kuasa sehingga 25 Januari.

“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah Sarawak serta pedalaman Sabah pada sebelah petang dan malam dalam tempoh ramalan.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 25 Januari,” katanya pada hantaran Facebook MetMalaysia hari ini.

Mengulas lanjut, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI