fbpx

Bas persiaran terbakar, 44 penumpang, pemandu nyaris rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas persiaran yang terbakar sepenuhnya dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, hari ini.

SERDANG – Seramai 44 penumpang bas bersama seorang pemandu nyaris rentung selepas bas dinaiki terbakar sepenuhnya dalam kemalangan di Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.19 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Katanya, seramai 13 anggota berserta tiga jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan BBP Bandar Tun Hussein On bagi melakukan pemadaman api.

“Bas persiaran itu dari Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur dan mengalami kebakaran 100 peratus.

“Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hafisham, kebakaran berkenaan turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.

Katanya, api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI