fbpx

Anwar, Azizah hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima bakul buah limau daripada Ka Siong sebagai simbolik kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA. - Foto MOHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2023 yang dianjurkankan di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini, pagi ini.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Kedatangan beliau pagi ini disambut baik Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang diiringi persembahan tarian singa.

Majlis berkenaan bermula kira-kira pukul 9.40 pagi dengan tetamu menggaul ‘Yee Sang’(salad campuran sayur-sayuran dan ikan) secara serentak sebagai simbolik sambutan perayaan tersebut.

Turut hadir memeriahkan sambutan beberapa pimpinan parti politik dan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI