LONDON – Bilangan bintang yang boleh dilihat oleh manusia dengan mata kasar telah berkurangan secara mendadak sepanjang dekad yang lalu, lapor Badan Penyiaran British (BBC).
Kedaan itu berpunca daripada fenomena ‘Skyglow’ iaitu cahaya yang dipancarkan secara langsung ke atmosfera melalui debu atau molekul gas, yang menyebabkan terjadinya cahaya berwarna jingga.
Fenomena itu juga wujud disebabkan oleh pencahayaan buatan dan kecerahan cahaya tersebut telah meningkat setiap tahun sejak 2011.
Seorang saintis dari Pusat Penyelidikan Jerman untuk Geosains, Dr. Christopherf Kyba berkata: “Pandangan kami terhadap bintang adalah ia semakin menghilang”.
Kyba dan pasukannya menerbitkan penemuan itu dalam jurnal Science. Ia merupakan kesimpulan ahli-ahli astronomi amatur dan saintis selama 12 tahun yang keluar pada waktu malam untuk mengira jumlah bintang di langit.
Para saintis berkata, seorang kanak-kanak yang dilahirkan di kawasan yang mana terdapat 250 bintang pada waktu malam mungkin akan melihat kurang daripada 100 bintang di lokasi sama 18 tahun kemudian. – Agensi