fbpx

EPL: Liverpool, Chelsea kongsi satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN baharu Chelsea, Mykhailo Mudryk (kiri) cuba merebut bola daripada pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold pada aksi di Anfield, sebentar tadi. - AFP

LIVERPOOL – Hasrat Liverpool untuk kembali raih kemenangan di Liga Perdana Inggeris tidak terlaksana apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Chelsea di Stadium Anfield, sebentar tadi.

Ketika The Reds dilihat masih bergelut dengan prestasi sendiri, pemain baharu The Blues, Mykhailo Mudryk pantas menyerlahkan potensi dirinya apabila tampil cemerlang sepanjang 35 minit sejak mula dimasukkan pada minit ke-55 bagi menggantikan Lewis Hall.

Terdahulu, tidak banyak aksi menarik mampu dipamerkan kedua-dua pasukan di babak pertama dengan menyaksikan Chelsea lebih mendominasi permainan namun ketumpulan sentuhan penyudah memaksa 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.

Situasi menjadi sebaliknya di babak kedua apabila tuan rumah menyambung aksi dengan cukup agresif tetapi situasi itu hanya bertahan 10 minit sebelum Chelsea kembali menemui rentak.

Kemasukkan Mudryk jelas merubah corak permainan Chelsea dan minit ke-64, tonggak kebangsaan Ukraine itu pamer seni kawalan bola dengan cukup sempurna namun rembatan jarak dekat dilakukannya sekadar mengegar sisi gawang Liverpool.

Ketika Liverpool sering bergelut untuk menyerlahkan kualiti sebenar, beberapa situasi menyaksikan keserasian Hakim Ziyech dan Mudryk berjaya mencetuskan detik cemas buat tuan rumah namun sekali lagi sentuhan akhirnya terus menghadirkan kekecewaan buat The Blues.

Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 29 mata dan menghuni kelompok pertengahan Liga Perdana Inggeris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI