fbpx

Wanita maut, tunang cedera kereta terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu membawa keluar mangsa setelah kereta dinaiki mereka terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Chui Chak-Langkap di Teluk Intan, hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

TELUK INTAN – Seorang wanita maut selepas kereta dipandu tunangnya terbabas masuk ke dalam parit di Jalan Chui Chak-Langkap di sini, petang tadi.

Kejadian itu mengorbankan mangsa dikenali Nurul Fatihah Ismail, 29, di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Tunang Nurul Fatihah berusia 30 tahun yang memandu kereta jenis Honda Civic pula cedera di tangan kanan dan kaki kiri manakala adik perempuannya yang belum dikenal pasti identiti pula cedera di muka.

Difahamkan, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Gajah untuk menghantar Nurul Fatihah sebelum dua beradik itu meneruskan perjalanan ke kampung di Taiping.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat pada pukul 6.28 petang.

“Pemandu kereta telah dibawa keluar dari kenderaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba manakala dua mangsa wanita tidak tersepit dan kerja-kerja menyelamat dijalankan bagi membawa mereka keluar,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, mangsa wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI