fbpx

Rokok, minuman keras tanpa cukai bernilai hampir RM8 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek lelaki tempatan ditahan dalam operasi yang bermula jam 11 pagi hingga 2.30 petang itu. FOTO: IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Rokok serta minuman keras seludup tidak bercukai dianggarkan bernilai hampir RM8 juta berjaya dirampas dalam serbuan di tiga lokasi di Sandakan menerusi Op Kontraban kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 11 pagi hingga 2.30 petang itu, turut ditahan tiga suspek lelaki tempatan berusia 29, 37 dan 45 tahun dipercayai terlibat sindiket penyeludupan berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, tiga serbuan membabitkan dua gudang dan sebuah rumah dilaksanakan selepas menerima maklumat serta risikan.

“Hasil pengeledahan di tiga lokasi berkenaan, rokok tidak bercukai pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM5,950,740.09, dirampas.

“Pasukan serbuan turut merampas minuman keras tidak bercukai pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1,714,437.

“Dalam serbuan sama, turut dirampas dua van dan sebuah lori dipercayai digunakan untuk kegiatan penyeludupan berkenaan.

“Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM7,915,177.45,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiga suspek yang ditahan itu bertindak sebagai penjaga premis dan pemandu.

Menurutnya, semua suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras yang tidak bercukai kastam.

“Tangkapan dan rampasan kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah untuk tindakan siasatan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI