fbpx

Kawalan perairan diperketat elak jenayah musim perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maritim Selangor ketika melakukan operasi di sekitar perairan Selangor.

KLANG – Kawalan perairan negeri ini terus diperkasakan bagi mengekang jenayah rentas sempadan yang dijangka meningkat ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

Rondaan selama 24 jam itu antaranya memfokuskan sindiket penyeludupan melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI), rokok dan arak.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, risikan pihaknya mendapati sindiket akan menggunakan kesempatan ketika sambutan perayaan bagi melakukan kegiatan jenayah di laut.

“Semua elemen melibatkan keanggotaan dan aset akan digerakkan termasuk di kawasan persisir pantai bagi mencegah jenayah penyeludupan.

“Kita turut mempertingkatkan risikan dan tindakan tegas akan diambil ke atas individu terlibat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru, kerjasama orang ramai turut digalakkan dalam menyalurkan maklumat terhadap sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu penguatkuasaan berkenaan.

Dalam pada itu, Siva Kumar berkata, Maritim Malaysia turut menasihatkan semua pihak terutama nelayan supaya mengambil kira pelbagai faktor sebelum turun ke laut untuk menangkap ikan.

“Ia berikutan keadaan cuaca kini tidak menentu dan keadaan laut bergelora sekali gus mendatangkan risiko bahaya. Aspek keselamatan seperti penyediaan dan pemakaian jaket keselamatan perlu diutamakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI