fbpx

2 wanita terkejut wajah hampir serupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambra (kiri) dan Jennifer dipadankan hasil teknologi pengecaman muka di laman web Twin Strangers. - Twin Strangers/Youtube

WASHINGTON – Dua wanita di Amerika Syarikat (AS) yang memiliki wajah hampir serupa berjaya dipertemukan hasil kecanggihan sebuah perisian dalam talian, lapor akhbar Mirror UK.

Ambra dan Jennifer kelihatan sangat serupa sehinggakan ibu Jennifer, Jessica, keliru sama ada Ambra ialah seorang anak angkat. Namun, mereka sama sekali tiada pertalian darah.

Ambra dari Carolina Utara dan Jennifer dari Texas, bertemu menerusi platform dalam talian yang dipanggil Twin Strangers, yang membantu seseorang mencari orang yang kelihatan seperti mereka.

Pengguna Twin Strangers akan memasukkan dimensi muka mereka dan algoritma akan mencari orang lain dengan wajah yang serupa.

Di sebalik pendedahan mengejutkan itu, Ambra dan Jennifer yang masing-masing berusia 23 dan 33 tahun telah dipanggil untuk tampil dalam video YouTube Twin Strangers.

Jennifer kemudian mendapat peluang untuk memperkenalkan Ambra kepada ibunya, Jessica yang turut keliru untuk membezakan mereka.

“Anda anak perempuan saya. Anda sangat mirip dengan anak perempuan saya,” kata Jessica. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI