LAIN yang dipapar, perkara berbeza pula dicetuskan peminat.
Sepertinya itu yang berlaku kepada Nad Zainal selepas dia memuat naik sebuah hantaran Instagram mengenai pengalamannya membeli barangan kemas.
Apabila dengar perkataan emas, memang laju sel-sel otak segelintir netizen membuat andaian dan mengajukan pelbagai persoalan sama ada Nad beli untuk pernikahannya dengan Ungku Ismail.
“Beli untuk hantaran ke?” soal seorang pengikut Instagramnya.
“Adakah Nad beli seutas gelang untuk sesi batal air sembahyang (nikah)?” komen seorang lagi netizen.
Laju sungguh masing-masing membuat spekulasi sendiri. Dari sudut kefahaman Diva, entri tersebut hanya untuk promosi kedai emas berkenaan.
Sudah-sudahlah dengan spekulasi, Nad sendiri tidak pernah membuat kenyataan rasmi mengenai hubungannya dengan Ungku Ismail.
Jika mereka bercinta, doakan agar ke jenjang pelamin. Jangan tak maklum pula!
DIVA: Apa agaknya Ira Kazar rasa apabila hampir setiap hari namanya dikecam ramai.