fbpx

Bekalan ayam, telur kembali normal bermula bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi jaminan bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan kembali pulih dan mencukupi untuk keperluan pasaran tempatan bermula bulan ini sekali gus berupaya mengurangkan beban pengguna ekoran kekurangan bahan itu.

Jaminan itu diberikan FLFAM selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu di sini pada 19 Januari lalu ia turut membincangkan mengenai isu yang menjejaskan kemampanan industri unggas khususnya ayam daging dan telur.

MAFS dalam satu kenyataan berkata, antara isu dibangkitkan FLFAM dan dibincangkan secara bersama temasuklah harga kawalan dalam tempoh panjang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran meningkat.

Katanya, ia turut melibatkan perbincangan mengenai isu keperluan meningkatkan produktiviti melalui penternakan sistem tertutup selain aliran tunai penternak serta jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran.

“Dalam pertemuan tersebut FLFAM telah memberi jaminan kepada MAFS bahawa pengeluaran bekalan ayam dan telur akan normal dan mencukupi untuk pasaran tempatan bermula bulan ini.

“Mereka juga telah menyatakan komitmen dan jaminan ini dalam siaran media FLFAM pada 20 Januari 2023.

“FLFAM turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas usaha mencari penyelesaian seimbang tentang masalah dihadapi pengguna dan industri di Malaysia berikutan pelbagai cabaran yang wujud dalam proses rantaian bekalan makanan seluruh dunia,” katanya tadi.

Menurutnya, MAFS akan terus komited mengadakan libat urus bersama pemain industri bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan bagi menjamin bekalan makanan
sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI