fbpx

Dani Alves dijel atas dakwaan serangan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alves sedang disiasat atas tuduhan serangan seksual di sebuah kelab malam di Barcelona bulan lalu. - Anadolu Agency

BARCELONA – Sebuah mahkamah di Sepanyol memerintahkan pemain pertahanan Brazil, Dani Alves ditahan tanpa diikat jamin selepas dia diberkas di Barcelona atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

“Hakim di Barcelona mengambil tindakan itu selepas menyoal pemain berusia 39 tahun itu mengenai kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah kelab malam,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Satu sumber dekat dengan Alves memberitahu bahawa hakim mengambil tindakan tersebut, seperti yang diminta oleh pendakwa raya awam selepas mengambil kira risiko bahawa pemain itu akan melarikan diri.

Alves sebelum itu ditahan polis di Barcelona, semalam, atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita, kata seorang jurucakap polis wilayah Catalonia seperti dilaporkan stesen penyiaran CNN.

Menurut jurucakap tersebut, Alves berada di sebuah balai polis di Barcelona pagi semalam, di mana dia kemudian meninggalkan lokasi itu sebagai ‘tahanan’.

Pemain pertahanan itu dibawa menaiki kenderaan polis dari balai tersebut ke sebuah mahkamah di Bandar Kehakiman Barcelona.

Mahkamah Keadilan Tinggi Catalonia pada 10 Januari lalu mengesahkan bahawa Alves sedang disiasat atas tuduhan serangan seksual di sebuah kelab malam di Barcelona bulan lalu.

Dia bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut.

“Saya mahu menafikan semuanya. Pertama sekali, saya memang berada di lokasi tersebut dan ramai lagi yang berada di sana.

“Namun, maafkan saya kerana saya tidak mengenali wanita tersebut,” kata Alves. – AFP/Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI