fbpx

‘Awas memandu di lorong kecemasan, anda diperhati, kompaun menyusul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang berjaya dirakam pasukan penguatkuasa JPJ atas kesalahan memandu di lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan, hari ini.

PUTRAJAYA – Teknik menyamar sebagai pengguna jalan raya oleh sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilihat berbaloi apabila lebih 100 buah kenderaan berjaya dirakam selepas ‘kantoi’ memandu di lorong kecemasan.

Kesalahan lalu lintas itu berjaya dikesan ketika Ops Tahun Baharu Cina (TBC) di sepanjang lebuh raya antara laluan Johor ke Putrajaya bagi tempoh antara pukul 10 pagi hingga 2 petang tadi.

JPJ menerusi hantaran di Facebook berkata, operasi pemantauan khas itu dibuat sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut esok.

“JPJ ingin menegaskan bahawa kesalahan tersebut antara tujuh kesalahan lalu lintas yang tidak boleh dikompaun dan akan terus didakwa ke mahkamah.

“Orang ramai diseru untuk mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan sepanjang musim perayaan ini bagi mengelak berlakunya kesesakan dan menjadi punca kemalangan maut di jalan raya,” katanya.

Katanya, sebarang aduan kesalahan lalu lintas termasuk tujuh kesalahan utama, boleh disalurkan melalui menu e-Aduan@jpj di Aplikasi MyJPJ atau melalui aduan email JPJ [email protected].

Kesalahan lalu lintas lain yang tidak boleh dikompaun termasuk memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar.

Operasi bermula 17 hingga 28 Januari itu akan membabitkan pelbagai pihak penguat kuasa termasuk 2,000 anggota JPJ di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI