fbpx

Agong santuni 50 asnaf di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 50 asnaf di pekarangan Masjid Al-Hana Kuah, Langkawi, Kedah semalam.

Perkongsian video di Facebook Istana Negara turut memaparkan Seri Paduka memandu sendiri kenderaan diiringi anakanda, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah tiba di pekarangan masjid pada pukul 1.20 tengah hari.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan anakandanya disambut Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Nasaruddin Abdul Muttalib; Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Lokman Ishak dan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.

Baginda berdua kemudian menunaikan solat Jumaat bersama 1,500 jemaah dan mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Memakmurkan Bumi Allah’ disampaikan Timbalan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Muhammad Fauwaz Syeikh Abdullah.

Solat Jumaat diimamkan Pemangku Imam Masjid Al-Hana Kuah, Mohd Dzaher Saad.

Al-Sultan Abdullah kemudian meluangkan masa hampir 30 minit menyantuni penerima sumbangan yang terdiri daripada 50 asnaf terpilih, manakala Tengku Hassanal menyantuni jemaah kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI