fbpx

Pengguna berang Bas Smart Selangor potong ikut laluan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan tindakan pemandu sebuah bas Smart Selangor memotong di laluan kecemasan di Jalan Subang, kelmarin.

SHAH ALAM – Tular rakaman berdurasi 10 saat memaparkan tindakan pemandu sebuah bas Smart Selangor memotong di laluan kecemasan di Jalan Subang di sini, kelmarin mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.46 pagi dengan bas tersebut seterusnya menghimpit kenderaan lain

Seorang pengguna, Shahri Kumbang berkata, semasa kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerja dengan memandu kereta sebelum muncul bas tersebut di laluan kecemasan sebelah kiri.

“Bas berkenaan menghimpit rapat kereta dan khuatir dilanggar menyebabkan saya terpaksa memperlahankan kereta bagi membenarkan bas itu jalan dahulu.

“Justeru, saya meminta pihak pengurusan Smart Selangor memantau pemandu bas mereka. Jangan sampai ada kemalangan baru hendak bertindak,” tegasnya.

Seorang lagi pengguna, Fimo Zulkifli memaklumkan pernah melalui insiden sama di Shah Alam beberapa bulan lalu.

“Namun apa boleh buat, dekat papan tanda bas itu ada tulis beri laluan pada bas,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI