fbpx

Guna dron kesan wajah pencemar sumber air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan Amirudin di laman rasmi Twitter miliknya.

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

SHAH ALAM – Dron akan digunakan sebagai langkah efektif dalam pemantauan khususnya mengesan wajah pencemar sumber air terutama pada waktu malam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dron tersebut akan digunakan bagi tujuan pemantauan lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat.

“Dron ini juga berupaya mengumpul sampel air dan mengesan wajah pencemar sumber air pada waktu malam,” ciapnya dalam laman rasmi Twitternya hari ini.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian dalam sidang akhbar selepas meninjau Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 semalam memberitahu, penggunaan dron itu selepas mendapat kelulusan RM2 juta dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Menurut beliau, penggunaan dron ini seterusnya dapat mengelakkan isu pencemaran sehingga berlakunya henti tugas terhadap LRA di Selangor sehingga mengakibatkan gangguan air tidak berjadual.

“Pemantauan dilakukan dalam mengambil sampel-sampel air termasuk untuk ujian dengan lebih berkesan dan tepat.

“Dron ini juga boleh memasuki tempat-tempat terpencil untuk tujuan sama,” jelasnya.

Kosmo! hari ini melaporkan lebih lima juta penduduk Lembah Klang sekali lagi terputus bekalan air apabila empat LRA Sungai Selangor menghentikan operasi kelmarin ekoran pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor dipercayai berpunca dari kilang haram.

Gangguan bekalan yang berlaku ketika rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat Covid-19 itu menyebabkan ramai yang marah dengan masalah air yang bagaikan tiada kesudahannya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI