fbpx

Suspek kes bunuh Nek Misah direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diiringi anggota polis ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini. FOTO SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang pemuda direman tujuh hari bermula hari ini selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun sehingga menyebabkan kematian seorang wanita warga emas berusia 91 tahun di Kampung Pulai Darat, Jasin, awal pagi semalam.

Perintah reman sehingga 27 Januari itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Zuraidah Abu Bakar terhadap suspek yang berusia 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada pukul 9.35 pagi dengan diiringi anggota polis.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang warga emas berusia 91 tahun ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kilometer 16 Kampung Pulai Darat, Merlimau.

Dalam kejadian itu mangsa, Misah Md. Amin yang tinggal seorang diri ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumahnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, susulan kejadian itu pihak polis berjaya memberkas seorang penganggur berusia 20 tahun di kawasan sama pada pukul 8 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI