fbpx

Anthony Loke tunjuk bakat jadi pramugara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Anthony membuat pengumuman pra-berlepas penerbangan Batik Air.

PETALING JAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi kejutan kepada penumpang penerbangan Batik Air OD 7006 dengan membuat pengumuman pra-berlepas sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 22 dan 23 Januari ini.

Melalui sebuah video berdurasi 35 saat yang tular di Twitter memaparkan Anthony melangkah masuk ke dalam penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan membuat pengumuman pra-berlepas.

“Tuan-tuan dan puan-puan, ini menteri pengangkutan kamu yang bercakap. Ini adalah penerbangan OD 7006 menuju ke Kota Kinabalu.

“Sementara kami bersedia untuk berlepas, sila pastikan tali pinggang keledar anda diikat, tarik tempat duduk anda tegak. Sila ingat untuk mematikan semua peranti elektronik anda.

“Sila duduk, berehat dan selamat dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu. Selamat Tahun Baharu Cina,” katanya.

Ucapannya itu kemudian mendapat tepukan daripada penumpang penerbangan terbabit.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memuji usaha Setiausaha Agung DAP itu mendekati orang ramai selain turut mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepadanya.

“Salah satu cara menyentuh hati rakyat. Lebih banyak turun padang, lebih ramai rakyat dapat peluang berjumpa dan ada pengalaman peribadi bersama menteri,” kata blink.

“Saya suka video ini, menteri pertama ucapkan selamat Tahun Baru Cina dalam kapal terbang,” kata Dr2kkm.

“Berbakat juga Anthony Loke boleh jadi pramugara, tak perlu baca skrip pun,” kata Bingu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI