fbpx

Beri laluan kepada kakak, Afifah Nasir nikah 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFIFAH sepatutnya bernikah pada tahun ini tetapi terpaksa menangguhkan hasrat murni tersebut untuk memberi laluan kepada kakaknya, Mia Nasir yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Foto - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Pelakon Afifah Nasir mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identitinya pada tahun hadapan.

Pengumuman tersebut dilakukan semasa sidang akhbar RR Bridal di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur semalam untuk memperkenalkan pereka fesyen junior jenama terkenal tersebut.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Afifah Mohd. Nasir, 30, majlis perkahwinannya sepatut berlangsung pada tahun ini tetapi ditangguhkan kerana jadualnya yang sangat penuh.

“Sudah semestinya saya mahu mempercepatkan proses tetapi Allah tentukan yang terbaik. Memang ada perancangan namun saya sangat sibuk sepanjang tahun ini.

“Persediaan perkahwinan juga mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk membuat persediaan,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu lagi, faktor lain menyebabkan dia menangguhkan perkahwinan kerana kakaknya yang juga pelakon Mia Nasir ingin menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

“Sebenarnya ada seorang lagi kakak, Mia yang bakal berkahwin. Jadi saya mahu lepaskan dia dahulu.

“Dia pula suka menyimpan rahsia (kongsi perancangan kahwin) dan saya juga ada membuat banyak perancangan.

“Apa yang penting kami memang tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan sekali. Mama yang teringin berbuat demikian,” ujar adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu.

Afifah antara selebriti yang terbabit memperagakan busana perkahwinan rekaan pereka junior di bawah Rizman Ruzaini iaitu Akmal Hakin Ajirul.

Selain Afifah, beberapa selebriti lain turut terlibat seperti Hawa Rizwana, Nabila Razali, Sissy Iman, Siti Khadijah, Shaza Bae dan Azira Shafinaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI