fbpx

Tahanan meninggal dunia di lokap Balai Polis Baling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BALING – Seorang tahanan lelaki berusia 35 tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan sawan di lokap Balai Polis Baling malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, orang kena tahan (OKT) itu dibawa pihak Penjara Alor Setar ke Balai Polis Baling pada Selasa lalu sementara menunggu tarikh sebutan kes dadah pada keesokan hari.

Katanya, OKT perlu menghadiri sebutan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama di Mahkamah Majistret Baling.

“OKT ditumpangkan di lokap Balai Polis Baling sementara menunggu tarikh sebutan kes. Setelah selesai sebutan kes, OKT ditempatkan semula di lokap tersebut dan dijadualkan dihantar semula ke Penjara Alor Setar semalam,” katanya di sini hari ini.

Shamsudin berkata, OKT bagaimanapun mengalami sesak nafas dan sawan kira-kira pukul 9.40 malam kelmarin, maka pihak polis menghubungi Hospital Baling untuk bantuan segera.

“Dia kemudian disahkan telah meninggal dunia pada pukul 10.22 malam. Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati punca kematian disebabkan saluran darah jantung tersumbat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tambah beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards Bukit Aman namun akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI