fbpx

Seakan babak drama, teman lelaki nikahi kakak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan perkahwinan seorang wanita dengan teman lelaki adik perempuannya. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita menahan rasa sedih ketika menghadiri perkahwinan bekas teman lelakinya bersama kakak kandungnya sendiri, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @jodohnya57k.

Wanita berbaju ungu itu mengaku tidak dapat menahan rasa sedih melihat detik-detik ijab kabul dan majlis perkahwinan tersebut.

“Kejutan awal tahun 2023, teman lelaki saya menjadi suami kepada kakak kandung saya sendiri. Saya tidak membenci, saya tidak marah dan tidak menyimpan dendam tetapi saya mahu menjerit di tengah-tengah orang ramai.

“Saya belum bersedia dan saya tidak cukup kuat untuk menerima kenyataan pahit ini, saya lemah,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Dalam video berdurasi 13 saat itu, wanita berkenaan mengatakan bahawa tiada seorang pun dalam keluarganya yang memahami perasaannya. Dia masih berasa sakit hati dan tidak mahu bersedih sendirian.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Percayalah anda pasti akan mendapat pengganti yang lebih baik daripada dia,” komen seorang netizen.

“Saya fikir ia hanya fiksyen, ternyata benar,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI