fbpx

Lelaki tuang sos, pura-pura bunuh diri demi pujuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watchara merakam swafoto itu untuk memenangi hati isteri dan anak lelakinya. - Thaiger

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand menggunakan sos ketika berpura-pura membunuh diri dengan harapan untuk memenangi semula hati isteri dan anak lelakinya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Watchara, 50, tinggal berasingan dengan isterinya, Pla yang berusia 40 tahun selepas menghadapi konflik rumah tangga. 

Dia tinggal di wilayah Chumphon manakala wanita itu menetap di Pattaya.

Pada Isnin lalu, Watchara pergi ke Pattaya dengan harapan untuk memenangi semula hati Pla dan anak lelaki mereka namun, kedua-duanya tiada di rumah.

Watchara kemudian menghubungi Pla tetapi dia enggan kembali hidup bersamanya.

Lelaki itu kemudian menuang sos dan meletaknya ke bahagian leher untuk merakam swafoto. Gambar itu kemudian dihantar kepada anak lelakinya yang memaklumkannya kepada Pla.

Pla melaporkan kejadian itu kepada polis. Polis dan paramedik tiba di kediaman Watchara dan lelaki itu mengakui bahawa dia telah memalsukan kejadian itu.

Polis kemudian memberi amaran kepada Watchara supaya tidak melakukan perkara itu lagi. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI