fbpx

Tengku Dhia Mikayla, bayi istimewa meninggal dunia pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Dhia Mikayla

PETALING JAYA – Bayi istimewa kesayangan ramai, Tengku Dhia Mikayla telah menghembuskan nafas terakhir setelah beberapa hari ditidurkan akibat masalah saluran pernafasan dihidapinya.

Tengku Dhia sebelum ini menjadi perhatian ramai disebabkan fizikalnya yang lemah, berbeza dengan bayi lain dan bergantung kepada Tiub Ryle untuk minum susu.

Dia dilaporkan menghidapi Hypotonia atau otot lemah, Stridor atau Laryngomalacia iaitu masalah saluran nafas sempit.

“Selamat jalan puteri kecil kami, Dhia. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat cucu saudara saya,” kata ahli keluarga, @afqhrazali menerusi kapsyen hantarannya.

Difahamkan bayi berkenaan menghembuskan nafas terakhir pukul 7 pagi tadi

Di ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan bayi kesayangan ramai yang memiliki banyak pengikut itu.

“Tidak sampai hati saya rasanya. Selalu melihat Dhia di TikTok. Walaupun tidak mengenalinya, tapi suka melihat Dhia tersenyum, cantik dan comel,” komen seorang pengguna, @syikincipsa.

“Rasa tidak percaya Dhia sudah tidak ada, Dhia anak syurga. Al-Fatihah,” komen @ontienana.

“Takziah buat Dhia sekeluarga. Terima kasih kerana membuatkan saya tersenyum dengan video-video adik, semoga dikurniakan syurga tertinggi di sisiNya,” komen, @daysofharu.

Hantaran tersebut telah meraih 1,500,000 jumlah tontonan dan 112,300 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI