fbpx

EPL: Rekod pahit Antonio Conte dalam karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS gagal mempertahankan kelebihan dua gol yang diperoleh apabila tewas 2-4 kepada City awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte berang dengan kegagalan pasukannya untuk mengawal perlawanan ketika mereka tewas 2-4 kepada Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi semalam.

City meledak empat gol pada babak kedua perlawanan sekali gus, memadamkan kelebihan dua gol yang dijaringkan Spurs pada babak pertama yang dilihat lebih menguasai perlawanan dan berupaya untuk me­raih kemenangan.

“Jika saya bandingkan aksi musim lalu (ketika Spurs menewaskan City untuk kedua-dua aksi Liga Perdana Inggeris), saya lebih gembira dengan aksi yang kami pamerkan kali ini.

“Pada aksi terakhir musim lalu, mereka berjaya mendominasi perlawanan, kali ini kami bermain dengan baik dan memiliki karakter. Kami banyak memberikan mereka tekanan, tetapi menentang City sentiasa menjadi sukar.

“Ini adalah kali pertama dalam karier pasukan yang saya bimbing bolos empat gol dalam satu separuh masa. Tiada apa yang boleh saya jelaskan kecuali kami perlu terus bekerja keras dan meningkatkan tahap pemain.

“Ketika saya memberitahu anda mengenai matlamat kami untuk mengurangkan jarak dengan pasukan elit, proses itu sebenarnya baru bermula. Ia bermakna kami perlu terus bekerja, meningkatkan aspek teknikal, taktikal dan pengalaman pemain.

“Saya sangat kecewa dengan kekalahan ini. Saya tidak suka kalah terutama bolos dengan empat gol dalam tempoh 45 minit dan ia kali pertama dalam karier saya sebagai pengurus,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI