fbpx

EPL: Guardiola kritik sikap pemain, penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Spurs di Etihad awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap para pemain dan penyokong biarpun pasukannya mempamerkan kebangkitan luar biasa menewaskan Tottenham Hotspur 4-2 awal pagi semalam.

Beliau mengkritik setiap pemainnya dan menganggap pasukannya sudah tidak memiliki keghairahan untuk memburu kejayaan, malah percaya mereka masih jauh untuk mencabar kedudukan Arsenal dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

City dikecam hebat oleh para penyokong pada separuh masa pertama apabila ketinggalan dengan dua gol, sekali gus mengecewakan Guardiola yang percaya pasukannya berdepan ‘virus’ selesa dengan kejayaan.

“Bermain tanpa keinginan. Saya mahu umumkan bahawa musim ini kami tidak akan memenangi apa-apa. Kami hilang kemahuan, kesungguhan dan semangat sejak minit pertama lagi.

“Begitu juga dengan penyokong kami, mereka hanya terdiam sepanjang 45 minit. Saya mahu mereka kembali, mereka perlu bersorak memberikan kami semangat. Mereka mengecam kami kerana ketinggalan, bukannya kerana kami bermain dengan teruk.

“Mereka (penyokong) juga mungkin sudah menjadi seperti pemain, berasa terlalu selesa kerana kami menang empat daripada lima musim kejuaraan sebelum ini.

“Bermain dengan cara se­perti ini bermakna Arsenal akan musnahkan kami. Prestasi kami jauh merosot berbanding musim lalu. Anda fikir kebangkitan seperti ini akan selalu berlaku? Sudah tentu tidak,” katanya.

Pada aksi awal pagi semalam, City terlebih dahulu ketinggalan dua gol pada babak pertama perlawanan sebelum bangkit meledak empat gol pada babak ke­dua untuk meraih kemena­ngan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI