fbpx

EPL: Mudryk bakal turun aksi debut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUDRYK hampir pasti diturunkan oleh Potter dalam kesebelasan utama Chelsea menentang Liverpool dengan harapan dia mampu memberikan dimensi baharu di jentera serangan. – AFP

LONDON – Pasukan Chelsea boleh menarik nafas lega apabila penggempur baharu, Mykhailo Mudryk dijangka bersedia untuk membuat kemunculan debut menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam ini.

Sebagai rekod, pemain antarabangsa Ukraine itu diumumkan sebagai pemain Chelsea selepas dia melengkapkan perpindahan dari Shakhtar Donetsk dengan yuran perpindahan lumayan bernilai hampir £89 juta (RM468.56 juta) minggu lalu.

Pengendali Chelsea, Graham Potter sudah pasti mahu membariskan kesebelasan terbaik dalam usaha memburu kemenangan kedua berturut-turut dalam kancah EPL selepas dibelenggu dengan kemelut prestasi musim ini.

Mudryk pula tidak mempunyai masalah untuk diturunkan selepas menyertai sesi latihan bersama skuad utama bermula awal minggu ini.

Malah, prestasinya bersama Donetsk sejak awal musim juga cukup memberangsangkan dengan meledak sembilan gol dalam saingan Liga Ukraine dan tiga jaringan dalam kempen Liga Juara-Juara.

Mudryk yang baru berusia 22 tahun tidak sabar mencipta nama dalam saingan bola sepak di England dengan menyasarkan Anfield sebagai medan pertama untuknya membuktikan keupayaan sebenar.

“Saya sangat teruja apabila dapat bersama dengan projek yang dirangka Chelsea. Ini adalah kelab yang besar dan sudah pasti saya mahu memberikan seratus peratus serta bekerja keras sepanjang sesi latihan.

“Jika diberi peluang, sudah tentu saya mahu diturunkan pada aksi pertama menentang Liverpool tetapi harus diakui saingan EPL lebih mencabar daripada kancah liga Eropah yang lain,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN