fbpx

Lagu ‘self love’ Miley, mesej untuk bekas suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAGU Flowers nyanyian Miley Cyrus dalam perjalanan menuju ke tangga pertama carta Billboard Hot 100.

LAGU terbaharu dendangan bintang pop dunia, Miley Cyrus berjudul Flowers kini dalam ‘perjalanan’ menuju debut nombor satu dalam carta popular dunia, Billboard Hot 100.

Pencapaian tersebut sekali gus melakar sejarah tersendiri buat Miley yang buat julung kali menyaksikan karya nyanyiannya meroket terus ke tangga pertama carta tersebut.

Apa yang istimewanya Flowers sehingga Miley berjaya meletakkan kerjayanya dalam mood ‘revival’?

Jawapan ringkasnya, karya tersebut merupakan lagu terbaik pernah dinyanyikan dan digubah pemilik nama lengkap Miley Ray Cyrus itu.

Nombor satu

Satu-satunya lagu nyanyiannya yang pernah ‘duduk’ di tangga pertama carta tersebut adalah Wrecking Ball dilancarkan pada 2013. Sejak itu, karier nyanyiannya tidak tentu hala. Semuanya bercampur-aduk dengan masalah peribadi, cinta dan pemilihan karya kurang bertepatan sehingga akhirnya mendapat reaksi minimum peminat.

Berbalik soal Flowers, lagu berkenaan terkandung komposisi muzik yang sangat terserlah kehebatannya. Sekali dengar sahaja, sudah melekat segala bahagian lagu yang sangat memberi dampak bunyi positif.

SELEPAS Wrecking Ball berbelas tahun lalu, Miley Cyrus memperbaiki imejnya sebagai penyanyi bertaraf dunia menerusi Flowers yang cukup manis dan mudah memikat hati pendengar.

Itu hakikat tanpa pembohongan. Jika ragu, cuba dengar sendiri.

Sebab itulah Flowers melonjak dari segi jualan dari hari ke hari kerana komposisinya sangat genius dan pada masa sama, mudah diterima pendengar.

Mesej untuk suami

Dari segi tema atau genre, Flowers merupakan lagu pop dengan pengaruh funk dan disko. Siapa lagi yang mempunyai kepakaran secukupnya menyanyikan tema lagu tersebut? Miley Cyrus adalah gerangan orangnya.

Sementara itu, single pertama dipetik daripada album studionya akan datang berjudul Endless Summer Vacation terkandung mesej yang mudah diterima ramai iaitu self love atau sayangi diri sendiri.

Jika kalian perasan, lirik pada bahagian korus menjawab lirik lagu Bruno Mars berjudul When I Was Your Man.

Bruno melantunkan bait lirik berbunyi: “I hope he buys you flowers” sementelah Miley menjawab: “I can buy myself flowers.” Bruno menyanyi: “Give you all his hours”, Miley membalas: “Talk to myself for hours, say things you don’t understand.”

Miley gubah sendiri, ekonomi

Lebih manis, jika dalam Wrecking Ball, Miley tidak dikredit sebagai komposer atau penulis, kali ini dia merupakan antara penggubah lagu Flowers.

Barangkali, Flowers merupakan surat ‘terbuka’ buat mantan suaminya, Liam Hemsworth yang tidak menerima hakikat, Miley sememangnya seorang rockstar.

KEHADIRAN Flowers dikatakan meningkatkan sektor industri berkaitan bunga dan pakaian dalam atau ‘lingerie’ di AS.

Dari segi kualiti vokal, tidak boleh dinafikan bahawa Miley mempunyai suara yang sangat unik. Elemen serak-serak basah semula jadinya sangat tersendiri dan hanya dia yang boleh menyanyi sedemikian bagus.

Secara keseluruhan, 2023 bakal menjadi satu tahun yang cemerlang buat Miley. Tidak sabar menunggu diskografi Endless Summer Vacation. Pasti selain Flowers, banyak paparan lain yang ingin dikongsi Miley.

Menurut laporan media di Hollywood, disebabkan Flowers, banyak industri berkaitan seperti yang menjual jambangan bunga dan pakaian dalam wanita atau lingerie berona hitam (dipaparkan Miley dalam muzik video) mengalami peningkatan jualan.

Apa yang pasti, Flowers memberi motivasi buat orang ramai untuk lebih menyayangi diri sendiri.

Kalau dahulu sibuk mengejar cinta, bersendirian pun okey asalkan kebajikan kendiri terus terjaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI