fbpx

Tenangkan fikiran di Johor, pelajar UPM dijemput bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan gambar Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22 yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu kini telah dijumpai dengan selamat.

SERDANG – Ingin tenangkan fikiran kerana bakal menghadapi ujian merupakan alasan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, berada di Johor selepas dilaporkan hilang di Selangor, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, A. A Anbalagan berkata, pelajar tersebut yang juga dilaporkan sebagai Orang Hilang (OH) minggu lalu, sudah dibawa pulang bapanya ke Selangor.

“Mohd Irfan Hakimi telah dijumpai semula oleh ayahnya di Stesen Bas Larkin, Johor Bahru dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sekitar pukul 5 petang, semalam.

“Pelajar tersebut sudah dibawa pulang ke rumah mereka di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anbalagan, pelajar tersebut berada di stesen bas berkenaan kerana dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

“Laporan polis juga sudah dibuat oleh bapa kepada Mohd Irfan Hakimi di Balai Polis Pelabuhan Klang, dan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes ini” katanya.

Isnin lalu, Mohd Irfan Hakimi dilaporkan hilang oleh bapanya selepas gagal menghubungi pelajar itu untuk bertanyakan tentang bagaimana kehidupan sehariannya pada 13 Januari lepas.

Sementera itu, rakan sebiliknya memaklumkan kali terakhir Mohd Irfan Hakimi dilihat adalah semasa dia pergi solat Jumaat dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC135.

Semalam, kedudukan pelajar itu dikesan berada di Tampoi, Johor selepas semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di beberapa premis daerah berkenaan memperlihatkan pelajar bersama seorang individu lain dipercayai rakannya.

Pihak polis juga berjaya menemui motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki pelajar itu sebelum hilang ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI