fbpx

Op Tapis: 3,701 ditahan, dadah 894 kilogram dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi sarang penagih yang digempur pihak polis dalam Op Tapis Siri 1 tahun 2023 di seluruh negara yang bermula dari Selasa hingga Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai 3,701 orang termasuk 446 tokan dadah ditahan dalam Op Tapis Khas Siri 1 tahun 2023 di Felda, Felcra, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Projek Perumahan Rakyat (PPR), jeti dan sarang penagih.

Mereka yang berusia dari lingkungan 14 hingga 71 tahun itu ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah dalam operasi yang bermula Selasa hingga Khamis lalu membabitkan seramai 1,595 anggota dan 2,508 pemeriksaan di di seluruh negara.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menerusi kenyataannya di Facebook berkata, sepanjang operasi tersebut dijalankan, seramai 4,420 telah ditahan dan diperiksa.

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 3,701 orang telah ditangkap termasuk 446 tokan dan 183 orang yang dikehendaki.

“JSJN juga merampas sebanyak 894 kilogram pelbagai jenis dadah, 52.23 liter pelbagai cecair dadah, 647.6 kilogram daun ketum dan 695.61 liter air ketum yang membawa nilai rampasan RM 4.64 juta.

“Sementara itu, barangan yang dirampas terdiri daripada barang kemas dan kereta bernilai RM325,064,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook JSJN Bukit Aman.

Dalam pada itu, sepanjang Op Tapis Khas Siri 1, pihak polis turut berjaya merampas empat laras senapang, sepucuk pistol, 57 biji butir peluru hidup dan sebilah pedang ‘samurai’.

“Siri tangkapan ini turut berjaya menangkap tujuh lelaki tempatan dengan rampasan sejumlah 840.7 kilogram ganja dianggarkan bernilai RM2.1 juta di Pulau Pinang dan Perak.

“JSJN terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah, orang awam yang ingin menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah boleh dibuat melalui talian Hotline JSJN di 012-2087222,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI