fbpx

Trafik mula sesak di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur -Karak bermula kira-kira 2 petang tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan kenderaan mulai bertambah bermula sekitar pukul 2 petang tadi.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia menerusi laman Twitter melaporkan, trafik perlahan bermula dari Genting Sempah ke Terowong Genting Sempah dan sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

Sementara di Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS @E1, trafik dilaporkan perlahan dari arah Utara Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah terus Gopeng dan Autocity Juru ke Perai.

Seterusnya, di PLUS@E2, kenderaan bergerak perlahan dari arah Utara Senai ke Kulai, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Senawang ke Port Dickson.

“Keadaan sama berlaku dari arah Selatan Bandar Ainsdale ke Port Dickson susulan kemalangan di Kilometer (KM) 256.9 arah Selatan (Seremban-Port Dickson) yang menyebabkan semua lorong terhalang.

“Status terkini, lorong kiri dan lorong tengah telah dibuka. Trafik perlahan masih perlahan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI