fbpx

Mahkamah: Kenderaan, wang milik bekas peguam 1MDB dilucut hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak dua kenderaan dan wang tunai RM22,600 milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan.

Kedua-dua kenderaan itu masing-masing jenis Audi dan Volkswagen New Beetle disita pada 27 Januari 2021 manakala wang dalam akaun semasa Maybank Islamic miliknya disita pada 2 Februari 2021.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid turut membenarkan permohonan pihak ketiga, OCBC Bank (M) Berhad untuk menuntut harta tak alih iaitu kondominium mewah di Mont Kiara milik wanita tersebut yang disita pada 15 Februari 2021.

Hakim Azhar memutuskan demikian selepas meneliti afidavit-afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonan pelucuthakkan.

Afidavit itu diikrarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Zalizan Lazarous daripada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 12 November 2021.

Afidavit lain turut diikrarkan oleh dua Pengawai Penyiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Aswady Ahamad dan Mohd. Izuddin Ishak pada hari yang sama.

Pada prosiding itu, Noor Zalizan mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Lim Jun Yik mewakili pihak ketiga.

Permohonan pelucuthakkan itu difailkan oleh pihak pendakwaan pada November 2021 mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUA) (Akta 613). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI