fbpx

Wanita maut kereta terjunam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan jenis Proton Exora yang terjatuh ke dalam gaung dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 18 Jalan Lipis-Benta di Lipis hari ini.

LIPIS – Perjalanan lima individu bagi menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga mereka di Kelantan berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 18 Jalan Lipis-Benta di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah penumpang belakang Normawati Mamat, 52, manakala pemandu dan dua penumpang lain mengalami kecederaan dan seorang lagi penumpang berusia tujuh tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kenderaan jenis Proton Exora dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Tanah Merah, Kelantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian kenderaan dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri bahu jalan.

“Akibat kejadian seorang mangsa di tempat duduk belakang telah tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu dan dua penumpang mengalami kecederaan manakala seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun tidak mengalami kecederaan.

Menurut Azli, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan berselekoh dan semasa kejadian jalan basah dan keadaan gelap tanpa lampu jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI